Ada seorang kawan aku telefon, aku panggil namanya sebagai Ica dan aku rasa kawan-kawannya panggil nama begitu juga. Kecuali namanya sebagai artis aku tak pastilah orang panggil apa.
Minah ni adalah pelakon untuk filem Karaoke yang baru lepas terbang ke Cannes beberapa bulan lepas, jadinya nak buat
screening lah kat mana-mana sekolah filem.
Dia pun tanya aku macam mana nak buat tayangan kat tempat aku dulu belajar.
Kemudian baru aku terfikir, sekolah filem yang tempat aku belajar sudah berkubur tanpa liang lahad.
Sayangnya masa zaman Mahadi J Murad (pengarah yang popular dengan karya
Sayang Salmah) atau semasa Anuar Nor Arai (antara pemikir filem yang aku hormat) mengajar boleh dikatakan ramai juga para graduasi dari tempat aku belajar.
Kiranya mereka semua layak dipanggil senior aku lah. Ramai juga yang aku jumpa dan kebanyakkan menjadi produser tv atau drama.
Boleh dikatakan sekolah filem UM dulu wujud lah juga walaupun tidak popular.
Tapi sungguh ironi, aku kira antara sekolah filem yang awal (bukan paling awal diwujudkan) semakin lama semakin hancur. Selepas Mahadi J Murad meninggal UM kemudian diikuti oleh Anuar Nor Arai sudah tidak ramai lagi pelajar yang mengambil filem. Sebabnya mudah, tiada lagi tenaga pengajar.
Silapnya juga mudah, sebab mereka semua ambil ringgan tentang beberapa benda dari sudut pengurusan. Mungkin universiti penuh dengan kronism(?).
Akhirnya, aku adalah orang yang terakhir keluar dari sekolah filem UM. Dan benda yang paling perit hatta sebenarnya menyakitkan hati, semua yang satu
batch dengan aku tak ada pun yang terlibat dalam industri. Semua jadi cikgu atau kakitangan kerajaan yang terlibat dalam soal-soal pejabat. Misalnya pegawai tadbir diplomatik.
Tak kisahlah apa yang mereka mahu pilih.
Soal aku di sini, sekolah filem mengajar untuk melahirkan tenaga dalam bidang filem. Bukan pegawai tadbir diplomatik atau juga pegawai HR.
Macam mana orang yang bekerja tu boleh memberikan dedikasi mereka. Sebab sepatah haram pun mereka tak ada
basic tentang benda yang mereka buat sekarang?.
Memang semasa belajar dan bekerja adalah sesuatu yang tidak sama. Tapi setidaknya ada lah sedikit sebanyak ilmu-ilmu di dada.
Atau bekerja itu tidak perlu profesionalisme sedikit pun?.
Bagi aku itu menyedihkan, apa pula kata anda?.